November 14, 2010

Facebook kata mari Notebook kata pergi.

Okay nak tahu date yang akan aku duduk untuk first paper Sijil Pelajaran Malaysia 2010? Pada November 23, 2010. Berapa hari lagi tu? Tak sampai dua minggu. Tapi, keadaan aku masih sama. Tak berubah. Seperti waktu sebelum ni. Masih terasa seperti, "Ahh, lama lagi. Sempat aku nak baca semua 8 subject tu." Sempat ke nak baca 8 subject dalam 10 hari? Sejarah je dah 19 bab -.-

Hari-hari rutin aku mesti nak online. Aiyerr aku tak tahu lah, Facebook ni guna-guna aku ke apa. Sumpah kau sial Facebook. Kau lah penyebab aku taknak belajar! Kau tahu? Macam biasa, remaja yang malas pasti akan menyalah kan aspek kedua yang terdekat, selepas kemalasan diri. Aku.

Konklusi dekat sini, aku harus lah menguatkan iman aku untuk tidak terus tergoda dengan Facebook. Atau lebih afdal nya, mungkin aku perlu simpan laptop aku dalam peti.
Haha. Ada pulak peti. Apa-apa pun, korang tolonglah beramal jariah dengan mendoakan aku berjaya dengan terbilang nya SPM ni. Okay? Amin.



*Terima kasih kepada Drea Xara kerana meletak picture aku di blog nya. Awwh, terharu Girlfriend :"]

Tiada ulasan: