November 04, 2010

Hati terang.


Hari tu, aku jalan jalan kat tepi parit. Tiba-tiba nampak satu 'benda' terapung-apung. Aku tengok, dan teruskan jalan. Ahh lantak 'benda' tu, bukan aku punya barang. Dah sampai hujung parit, aku tetap terfikir pasal 'benda' tadi. Jadi aku decide untuk patah balik dan kutip 'benda' tu.

Rupa-rupanya, hati aku yang aku campak waktu itu. Aku bawa balik hati aku dan letak atas meja belajar. Aku tengok hati, cuba bersihkan semua kotor yang ada dan hilangkan semua parut yang melekat. Pastu aku biar je hati tu. Sampai lah hari ni, aku masukkan balik hati tu dlm badan aku. Jadi, sekarang aku ada hati balik.

Sekarang,
- Aku nak dia yang ambil hati aku. Tapi, dia ada Setia Hati :'|
"Ye, aku cakap dekat kau Monster. Kau tahu kan diri kau?"

2 ulasan:

eca evans berkata...

errr, kalau Azwan Ali yg kutip pun okay je lah kakak HAHA

Lulu Zulkifli berkata...

apsal azwan ali? aku taknak azwan ali. hahaha